Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 15, 2023 @ 4:40pm

Comel! Remy Ishak & Isteri Dedah Wajah Tampan Tuah Alam

Pelakon Remy Ishak dan isteri tersayang, Ezza Yusof mendedahkan wajah putera sulung, Tuah Alam di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram, wajah anak mereka Tuah dikongsi secara ekslusif dalam sebuah program hiburan yang baru sahaja ditayangkan semalam.

Di hantaran tersebut, Ezza memuat naik foto keluarga kecilnya yang telah meraih tumpuan ramai terpesona melihat ketampanan Tuah.

“Thank you aunties uncles, acik acik sudi tonton #ohbabyRemy 1st Episode tadi. Kenalkan anakanda kami Tuah Alam Remy Ishak. Doa yang baik-baik untuk keluarga kecil kami,” tulisnya di kapsyen.

Sementara itu, menjengah ke Instagram Remy turut memuat naik foto bersama anaknya itu yang mengucapkan terima kasih kerana hadir dalam hidup mereka.

“Terima kasih Tuah hadir dalam hidup Ayah dan Bonda,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen mendoakan Tuah membesar dengan sihat, selain memuji kecomelan wajah anak kecil itu.

Sekadar info, Remy dan Ezza selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin cinta.

Ezza selamat melahirkaj cahaya mata sulung dengan sihat pada 29 Julai lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Ruhainies Lega Dapat ‘Green Light’

Ruhainies merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Trending Tue, 15 Oct 2019

Eliud Kipchoge Pecah Rekod Tamatkan Maraton Selama 2 Jam

Eliud Kipchoge berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila beliau berjaya menamatkan maraton selama dua jam sekaligus memecah rekod peribadi beliau sebagai atlet olimpik Kenya. Acara larian maraton yang diadakan di Vienna pada sabtu lalu itu […]

Featured Sat, 20 Nov 2021

“Apa Lagi Alasan Orang Muda Untuk Jadi Malas…” Atuk 68 Tahun Viral Di TikTok, Buat Grab Tampung Kos Hidup

Seorang warga emas berusia 68 tahun viral menerusi aplikasi TikTok selepas kelibatnya dirakam oleh seorang pengguna media sosial tersebut yang dikenali sebagai @danielashraf1370. Menurutnya, warga emas berkenaan yang lebih mesra dengan panggilan ‘Abang Jek’ atau […]

Trending Wed, 9 Oct 2019
Hiburan Fri, 8 Dec 2023