Hiburan By: Khairil Khusyairi September 25, 2023 @ 2:45pm

“Apa Kelayakan Yang Dia Ada?” – Pelantikan Anne Ngasri Sebagai Timbalan Pengerusi GiatMara Dipersoal

Umum mengetahui pelakon Datin Anne Ngasri dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMara, baru-baru ini.

Menurut laporan media, pengerusinya Musa Sheikh Fadzir berkata pelantikan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah kira-kira dua minggu lalu.

Terbaharu, menjengah ke media sosial, ramai juga yang mempersoalkan pelantikan Exco Wanita UMNO itu dalam institusi di bawah MARA tersebut.

“Kesian pada orang yang ada kelayakan yang sepatutnya.

“Last-last artis gini diangkat dalam bidang pendidikan. MARA pula tu.

“Apa kelayakan yang dia ada untuk pegang jawatan ni ya?,” persoal seorang pengguna.

Tambah individu itu lagi, dia mendakwa Anne lebih sesuai sekiranya diberi peluang untuk berkhidmat di institusi seni berbanding pendidikan.

“Nanti bila orang kata institusi MARA dah tak ada mutu, marah lah pula karang.

“Is she qualified for that post?

“Dia ni orang seni, mungkin boleh ke institusi seni lebih sesuai. Contohnya sekolah seni atau ASWARA. Baru lah relevan,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut lagi, rata-rata pengguna memberikan pelbagai reaksi terhadap pelantikan Anne yang popular dengan drama Cili Padi ketika zaman kanak-kanaknya.

Terdahulu Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri berkongsi berita baik beliau “menjadi sebahagian keluarga besar GiatMara’ di Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, Anne berkongsi momen memberikan skrol kepada barisan graduan institusi pada Majlis Konvokesyen Graduasi GiatMARA Ke-36 Zon Pantai Timur 2023.

ARTIKEL BERKAITAN:  Dilantik Sebagai Timbalan Pengerusi Giatmara, Anne Ngasri Luah Rasa Syukur

Anne mula bergiat dalam politik sejak 2013 dan pernah menjadi exco Puteri Umno sebelum memenangi salah satu kerusi Wanita UMNO pada pemilihan Umno, Mac lalu.

Anne mendirikan rumah tangga dengan Mohd Sumali Reduan yang juga setiausaha kerja UMNO.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anne Ngasri Terharu Dengan Kemenangan Bell, Syukur Doa Rakyat Malaysia Termakbul – “Terima Kasih Support Kami Sekeluarga”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 May 2022
Hiburan Fri, 29 Aug 2025
Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Trending Fri, 18 Sep 2020
TECH Wed, 7 Feb 2018

AIR ASIA LAUNCHES FACIAL RECOGNITION SYSTEM TO SPEED UP CHECK-IN

Check out the new system and learn on how to use it when it reaches airports near you.

Featured Fri, 8 Apr 2022

Anak Menangis Rindukan Ayah, Netizen Tegur Shuk Sahar Agar Jadi Lelaki Bertanggungjawab

Apapun kemelut yang melanda rumah tangga, tolong jangan abaikan anak-anak..

error: Content is protected !!