Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 14, 2021 @ 9:49am

[VIDEO] “Bila Diamati Lirik Ternyata Ada ‘Sesuatu’ Arwah Cuba Sampaikan” – Shuib Kongsi Nyanyian Terakhir Siti Sarah

Pemergian isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah pada Isnin lalu semestinya amat dirasai oleh pelawak dan penyanyi, Shuib.

Oleh itu, bagi mengubati kerinduan terhadap isterinya, hanya gambar, video  dan nyanyian-nyanyian Sarah menjadi peneman Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad,37.

Terkini menerusi perkongsian Shuib di laman Youtube miliknya, beliau dilihat memuat naik video berdurasi 3 minit 15 saat nyanyian terakhir Allahyarham berjudul Tanpa Kekasihku yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

Dalam video tersebut, kelihatan Allahyarham Siti Sarah memakai telekung kegemarannya yang berwarna putih sambil menyanyi dengan penuh penghayatan terhadap bait-bait lagu tersebut.

Menurut Shuib, beliau sengaja berkongsi video berkenaan kerana takut video tersebut akan hilang dari simpanan beliau.

“Assalammualaikum semua… Sengaja saya kongsikan video ni sebab saya takut video ini hilang dari simpanan saya. Jadi saya abadikan didalam Channel ini.

“Ini lagu terakhir nyanyian Arwah pada 28 Julai 2021.” tulisnya.

Selain itu, Shuib juga memaklumkan bahawa, Allahyarham yang bersungguh-sungguh memintanya untuk merakam video ini.

Tambahnya lagi, ketika merakam video nyanyian ini, Shuib akui merasa satu ‘perasaan yang sangat lain’ termasuklah cara Siti Sarah menyanyikan lagu ini.

“Arwah yang beria-ia mintak saya record dia menyanyi, ternyata semasa saya record video ini,saya merasakan ‘satu perasaan yang sangat-sangat lain” cara pandangannya, cara nyanyiannya, cara arwah luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat-sangat istimewa”

“Bila di amati bait lirik, ternyata ada ‘Sesuatu’ arwah cuba sampaikan…InsyaAllah arwah kini tenang di syurga… Teruskanlah mendoakan Arwah. Jika rindu, sedekahkan Al-Fatihah ya. Semoga kita dapat kebaikan dunia dan akhirat. Aamiin” jelasnya.

Video yang dimuat naik itu juga kini telah meraih 279,000 tontonan dan lebih 2,000 komen yang mendoakan Allahyarham dan tidak kurang juga yang memberikan kata-kata positif buat Shuib sekeluarga.

Terdahulu, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat Covid-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Sep 2025

Mengaku Khilaf, Nadzmi Adhwa Mohon Maaf Pada Netizen… Ardell Aryana Siap Pujuk Minta Suami Rehat

Pelakon Nadzmi Adhwa memohon maaf atas kekhilafannya berkata kasar

Trending Thu, 11 Jan 2018

IKEA杂志广告能验孕?准妈妈才能有的隐藏折扣

一向非常「广告正确」的居家业者IKEA,近期以一则创新的「测试折扣」又引起大众关注!在一页广告IKEA所生产的婴儿床图案下方,竟然可以验孕,且只要检测为已怀孕,上方将浮现折扣的惊喜价。

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

30 Mei 2026 Tarikh Baharu Konsert ‘For You’ Nourul

Konsert For You Nourul yang bakal berlangsung di Zepp KL dijadualkan semula pada 30 Mei 2026.

Selebriti Thu, 4 Jan 2024
Featured Thu, 5 Jan 2023

“Slowly But Surely” – Cantik Bertudung, Ramai Doakan Yuna Rahim Kekal Istiqamah

Perkongsian video pelakon jelita Yuna Rahim atau nama sebenarnya, Shafiqah Husna Abd Rahim yang mengenakan hijab meraih perhatian peminat. Memuat naik video tersebut di akaun TikTok, penampilan manis Yuna meraih pujian warganet. “Get ready with […]

Featured Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Thu, 26 Dec 2024
error: Content is protected !!