Comelnya Buah Hati Jamal Abdillah, Azura Kini Tiga Bulan!

Comelnya wajah Nur Azura Yamani, iaitu puteri kesayangan Datuk Jamal Abdillah dan Datin Zai Izzati Khairuddin yang kini berusia tiga bulan. 

Azura menarik perhatian ramai dengan matanya yang bulat, rambut yang lebat dan pipi yang gebu apabila ibunya memuat naik beberapa foto sebagai perkongsian di akaun Instagram miliknya. 

“Dah tiga bulan dah #nurazurayamani.  Alhamdulillah syukur.  Semoga membesar dengan sihat ye yayang momi,” tulis Zai sebagai kapsyen. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut yang memuji kecomelan Azura dan ada yang menyamakan rupanya dengan abangnya Osama Yamani. 

Sekadar info, Jamal (61) dan Zai Izzati (26) telah berkahwin pada 1 April 2017 dan ini merupakan perkahwinan ketiga bagi Jamal. 

Melalui perkahwinan lalu, Jamal dikurniakan dua orang anak lelaki bernama Osama Yamani (18) dan Ahmad Zaki Yamani (13). 


  Kredit Foto: Instagram @zaiizatti17_

Del14