Comelnya! Emma Maembong Kongsi Gambar Photoshoot & Akaun Instagram Anak Kedua – “Macam Anak Patung”

Pelakon Emma Maembong tampil berkongsi foto comel anak keduanya, Shakil Aryan Shah di Instagram.

Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh Emma menerusi akaun Instagram milik anaknya itu yang baru sahaja didedahkan pada umum, semalam.

Terdahulu, Emma telah dikhabarkan selamat bersalin anak keduanya itu pada 10 Mei, Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Timang Baby Boy, Emma Maembong Selamat Melahirkan Anak Kedua

Dalam perkongsian tersebut, Emma turut memuat naik beberapa kepingan foto Shakil yang nyenyak tidur ketika sesi bergambar dijalankan.

“My first photoshoot with @yourstrulyphotography_kl 🤍,” tulisnya.

Terpegun dengan kecomelan si kecil itu, perkongsian tersebut turut dihujani dengan pujian daripada warganet menerusi ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Comelnya! Gelagat Anak Emma Maembong Mengigau ‘Coco Train’ Buat Ramai Geram

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Emma Maembong Dukung Anak Lepas Bersalin, Undang Kebimbangan Netizen- “Ngilu Weh….”

Fatin Nurain