Bertuahnya! Ramai Terpegun Tengok Bilik Tidur & Tandas Sebesar Ruang Tamu Milik Anak Che Ta -“Ini Baru Betul Princess!”

Anak kepada pelakon popular, Rozita Che Wan iaitu, Aaisyah Dhia Rana mencuri perhatian netizen selepas sepotong video pendek tular di TikTok mempamerkan keadaan ruang bilik tidur dan juga tandas miliknya.

Menerusi video berdurasi 28 saat yang dikongsikan pelakon dan pengacara, Nur Khalaf di platform berkenaan, kelihatan Aaisyah sedang menunjukkan keadaan bilik tidurnya yang berwarna merah jambu dan dihiasi dengan perabot mewah berwarna putih sehinggalah di bahagian tandasnya.

Malah, Khalaf juga kelihatan terkejut dalam masa sama teruja melihat keadaan dan hiasan bilik tidur Aaisyah.

“Heaven nya ampa, nak jadi anak Che Ta juga lah,” katanya.

@nurkhalafHeaven nya ampaaaaa Nak jadi anak Che Ta gak lah!♬ original sound – Nur Khalaf

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respons menerusi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya kagum melihat keadaan dan keluasan bilik tidur milik anak kepada pelakon utama drama Kak Marr itu.

“The real princess, sumpah! bilik dia cantik.

“Rumah aku separuh dari bilik dia je.

“Ni baru bilik Aaisyah, kalau Che Ta macam mana pula besar dia ye?

“Bertuahnya Aaisyah! bilik kecil dia pun dah macam bilik utama.

“Nak jadi anak Che Ta juga lah, cantik sangat ni macam istana,” komen netizen.

Salma Syahbuddin