Categories: Hiburan

Comelnya! Gelagat Lila Amina Menyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star’ Buat Ramai Geram

Anak kepada pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari, Lila Amina tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya menyanyi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Scha telah memuat naik video Lila menyanyikan lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star’ secara spontan menggunakan mikrofon ketika kakaknya, Lara Alana sedang bermain piano.

“Terima lah. Unedited version of ✨⭐️🌟💫 (Twinkle Twinkle Little Star),” tulisnya.

Geli hati melihat telatah si cilik itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Fatin Nurain