Comelnya! Neelofa Kongsi Gelagat Bilal Excited Tengok PU Riz Masuk TV – “Big Fan Abah Dia”

Anak kepada pasangan selebriti terkenal Neelofa dan Haris Ismail, Muhammad Bilal sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat telatahnya teruja menonton wajah abahnya di kaca televisyen.

Menerusi video yang tular di TikTok, Neelofa telah berkongsi gelagat putera sulongnya itu yang setia berdiri di hadapan televisyen sambil menyentuh wajah bapanya, PU Riz setiap kali muncul di skrin.

Terhibur melihat telatah anak kecilnya itu, Neelofa menyatakan Bilal merupakan peminat nombor satu bapanya.

“Ni big fan abah dia ni. Tengok Salam Baitullah. MashaAllah, budak ni nak pegang abah dia. Mana abah awak?,” katanya.

@neelofaharisofficial🥹

♬ original sound – neelofaharisofficial

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respons yang rata-ratanya geram melihat gelagat si kecil itu.

Fatin Nurain