“Bangun Tidur Ada Orang Kemaskan Katil…” – Janna Nick Akui Bahagia Dengan Dini Schatzmann Selepas Hampir 2 Minggu Berkahwin

Pelakon Janna Nick akui bahagia selepas menjalani kehidupan berkahwin selama lebih 10 hari bersama suami tercinta, Dini Schatszmann.

Memetik laporan Gempak, Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner berkongsi kehidupannya sedikit berubah selepas tinggal bersama Dini yang sangat pembersih dan rajin melakukan kerja rumah.

“Alhamdulillah seronok lepas berkahwin ni kita tahu setiap kali balik kerja walaupun dalam keadaan stress tapi kita tahu mesti ada orang di rumah yang akan bersama kita.

“Apa yang best bila bangun tidur ada orang kemas katil.. tu paling seronok bagi saya.

“Sebelum berkahwin saya tahu dia seorang pembersih dan rajin tetapi bila tinggal sekali memang terbukti dia memang seorang lelaki begitu.

“Kalau dulu balik kerja akan terus baring atas katil saja tapi dengan Dini dia akan jerit suruh saya mandi dulu,” kongsinya.

Sementara itu, Dini juga sempat berkongsi kehidupan selepas berkahwin dengan wanita yang dicintai sejak empat tahun lalu.

“Mestilah seronok sebab kita ada teman tak kira nak tidur bersama dia, bangun pagi pun bersama dia. Apa yang penting boleh buat semua perkara bersama lah.

“Saya juga dapat merasa masakan pertama Janna selepas berkahwin iaitu mee sanggul. Sangat sedap.

“Selepas berkahwin ni tak banyak perkara yang berbeza tentang Janna sebab dia seorang yang pandai berkomunikasi. Dia tidak pernah sorok akan sikap dan dirinya dari awal perkenalan sehingga kini, jadi mudah,” ujarnya.

Untuk rekod, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun lalu di Masjid A’isyah Sungai Menghulu, Pulau Langkawi.

Maya Basir