Comelnya! Netizen Teruja Emma Maembong Tayang Wajah Anak Kedua, Kulit Putih Gebu & Mata Sepet Persis Oppa Korea

Kehadiran dua cahaya mata lelaki bagi pelakon, Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar sudah cukup menyerikan keluarga mereka apatah lagi kedua-dua anak mereka itu memiliki rupa paras yang menawan.

Menerusi hantaran terkini di akaun rasmi Instagram milik anak keduanya, Shakil Aryan Shah yang kini sudah memiliki lebih 14,000 pengikut, Emma dan suami sempat berkongsi foto mereka bertiga ketika keluar berjalan-jalan di salah sebuah pasaraya di ibu kota baru-baru ini.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah, rupa paras Shakil yang kelihatan persis seperti orang Korea kerana memiliki mata yang sepet dan kulit yang gebu membuatkan pengikutnya berasa teruja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut aktres itu memuji wajah comel Shakil yang setanding dengan abangnya, Shariq Gabriel.

Bahkan, ada yang sempat berseloroh dan bertanyakan jika Emma kerap menonton drama Korea sehingga terkenan pada anak sendiri.

“Kak Emma selalu tengok drama korea ke time pregnant second baby?

“Kalau abang muka macam mat salih, adik pula ada muka Korea tak pun Cina.

“Ya Allah! Comel sangat. English look sangat dua-dua.

“Masya-Allah, comelnya,” komen netizen.

Terdahulu, Emma Maembong selamat melahirkan bayi lelaki keduanya seberat 3.4 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur  pada 10 Mei lalu.

Salma Syahbuddin