Categories: #LaguXTRA

#LaguXTRA: Tidak Kira Masa, Adriana Adnan Pencinta Lagu Sendu – “Saya Rasa Macam Nak Dibohongi Supaya…”

Minggu ini Lagu XTRA menampilkan pelakon dan pengacara cantik, Adriana Adnan untuk berkongsi tentang lagu kegemarannya.

Rupanya Adriana seorang yang menggemarkan lagu-lagu ‘galau’ atau ‘sendu’ meskipun dia tidak dalam keadaan yang sedih pada ketika itu.

Menurutnya, lagu yang sering dimainkan adalah nyanyian daripada Mahalini yang berjudul Bohongi Hati.

“Lagu tu macam ugh, suara dia macam garing, sedap just nice dengan lirik dia memang best.

“Tak ada orang pun yang bohongi saya tapi saya rasa macam nak dibohongi supaya saya boleh dapat feel lagu tu,” ujarnya.

Sebagai seorang peminat Korea, Adriana juga meminati lagu-lagu yang mempunyai melodi sedih antaranya lagu OST daripada drama Korea, Goblin.

“Saya suka lagu-lagu OST drama Korea yang sedih-sedih juga contohnya dalam drama Goblin, I Will Go To You Like The First Snow and beberapa OST drama lain,” kongsinya.

Disoal jika dia lebih menyukai lagu lama atau lagu sekarang, Adriana yang sukakan aktiviti karaoke akan menyanyikan lagu-lagu lama kerana lirik yang mempunyai maksud tersirat.

“Mungkin saya suka lagu-lagu lama sebab best bila nak karaoke. Bila karaoke lagu lama tu lagi rasa seronok nak nyanyi.

“Lirik lagu pun bukan jenis yang bengong-bengong, dia ada maksud. Lagu dia tak terlalu direct and buat kita berfikir,” jelasnya.

Maya Basir