Categories: #LaguXTRA

#LaguXTRA: Wani Kayrie Gemar Lagu Berkisar Perjuangan Hidup – “Liriknya Berkait Dengan Kehidupan Saya…”

Segmen Lagu XTRA minggu ini menampilkan penyanyi Wani Kayrie untuk berkongsi tentang lagu-lagu kegemarannya.

Kongsi Wani, lagu kegemarannya pada saat ini adalah daripada penyanyi Indonesia iaitu Ghea Indrawari yang berjudul Jiwa Yang Bersedih.

“Saya suka sebab lagu ini mewakili perasaan dan emosi kita sebagai manusia yang mempunyai hak untuk meluahkan perasaan apabila sedang jatuh kerana penat akan ujian di dunia,” ujarnya.

Manakala lagu yang sering mendapat tempat di hati Wani ialah nyanyian Gloria Gaynor yang berjudul I Will Survive.

“Lagu ini memberi semangat dan kekuatan untuk saya meneruskan perjuangan saya sebagai seorang individu biasa mahupun dalam karier nyanyian agar tidak berputus asa kerana setiap kejayaan itu diuji dengan pelbagai cabaran dan rintangan,” katanya.

Disoal sama ada lagu dan muzik memberikan kesan kepada emosinya, pelantun lagu Kamu-Kamu ini berkata, terutama lagu-lagu yang ada kaitan dengan kehidupannya.

“Ada kesan. Saya terkesan dengan lagu sedih yang liriknya berkait dengan kehidupan saya.

“Lebih-lebih lagi lagu yang bercerita tentang perjuangan dalam kehidupan.

“Kalau lagu rancak pula boleh naikkan adrenaline saya untuk semangat pergi kerja di waktu pagi dan ia akan memberi vibe positif sepanjang hari,” kongsinya.

Maya Basir