Categories: #LaguXTRA

#LaguXTRA: “Terbaring Lagi Di Taman…” – Tak Sangka Lagu ‘Blow Up’, Fahimi Jadi Wakil Buat Jiwa Sedang Angau

Segmen Lagu XTRA minggu ini membawakan penyanyi yang sedang terkenal dengan lirik ‘Terbaring lagi di taman..’ Iaitu Fahimi untuk berkongsi lagu kegemarannya.

Mengidolakan penyanyi antarabangsa, Chris Brown, Fahimi juga menggemari lagu daripadanya yang berjudul Angel Numbers / Ten Toes.

“At the moment, favorite saya lagu Chris Brown, Angel Numbers / Ten Toes sebab bila dengar lagu tu memang rasa healing energy tu. Rasa tenang dan rasa release daripada masalah,” jelasnya.

Bagi lagu sepanjang zaman yang menjadi pilihan jejaka berusia 27 tahun ini adalah lagu ciptaan sepenuhnya sendiri iaitu Angau.

“All time favorite tak salah kan kalau obses dekat lagu sendiri (ketawa) iaitu lagu Angau sebab dia memberi impak pada life saya dimana saya tak expect lagu ni akan blow up.

“Lagu ni pun memang saya suka and saya dapat tahu lagu ni dapat beri positivity kepada orang ramai,” ujarnya.

Disoal sama ada lagu memberi impak kepada emosinya, sebagai pencipta lagu, pelbagai elemen dapat dirasakan melalui sesebuah lagu.

“Ada. Bila saya buat lagu, saya dengar banyak kali. Bila lagu dah siap sepenuhnya, bila dengar balik pada saya personally lagu ni ada classic, ada r&b dan moden. At the same ada vibes relax sebab tempo tak berapa laju dan tak terlalu slow,” katanya.

Berkongsi tentang inspirasi lagu Angau tersebut, Fahimi meletakkan diri sebagai wakil kepada jiwa-jiwa yang sedang angau di luar sana.

“Inspirasi yang saya dapat untuk buat lagu ni actually sebagai representative lah kepada orang yang sedang angau. Mungkin ramai sekarang yang tak tahu macam mana nak cakap atau confess jadi sebab itulah saya buat lagu tu.

“Saya nak beritahu mereka, you are not alone. Jadi jangan risau, saya ada. Kita sama-sama angau,” kongsinya.

Maya Basir