Categories: #LaguXTRA

#LaguXTRA: Gemar Vibes Lagu Tahun 2000, Shukri Yahaya Rasa Insaf Dengar Lagu-Lagu Ketuhanan

Segmen Lagu XTRA minggu ini membawakan jejaka hero Malaya iaitu Shukri Yahaya untuk berkongsi lagu-lagu kegemarannya.

Menurutnya, dia gemar untuk mendengar kembali lagu-lagu band daripada negara Indonesia antaranya Dewa, Sheila On 7 kerana rindu akan muzik yang seperti itu.

“Saya suka dengar balik lagu daripada band Dewa, Sheila On 7. Saya rindu lagu-lagu mereka.

“Lagu-lagu lama dari negara seberang ni banyak mengimbau memori bukan kenangan manis tapi lebih kepada vibes lagu pada tahun 2000,” katanya.

Berkongsi tentang lagu kesukaan sepanjang zamannya, dia memilih lagu I Don’t Wanna Miss A Thing nyanyian Aerosmith malah menjadi lagu wajibnya apabila berkaraoke.

“All time favorite saya lagu I Don’t Wanna Miss A Thing sebab kalau karaoke memang suka lagu tu.

“Mungkin lagu itu mengingatkan saya pada isteri saya dimana takut untuk kehilangan dia atau hidup tanpa dia,” kongsinya.

Diminta ulas mengenai kaitan antara lagu dan emosi, meskipun dia tidak menggunakan kaedah mendengar lagu untuk mendapatkan sesuatu emosi namun lagu memberi kesan kepada emosinya melalui lagu-lagu ketuhanan.

“Kalau macam pelakon lain memang nampak mereka dengar lagu, kalau saya lebih kepada skrip dan dialog yang nak dilontarkan itu.

“Saya tak pernah fikirkan memori apa atau lagu apa untuk saya dengar tapi kadang-kadang lagu boleh buat saya sedih.

“Lebih-lebih lagi lagu ketuhanan, lagu-lagu tentang Rasulullah yang mana boleh buat rasa insaf dalam diri,” ujarnya.

Maya Basir