Rancang Kahwin Sejak Tahun Lalu, Alif Hadi Tangguh Niat Kerana Terikat Komitmen

Pelakon Alif Hadi mengakui dia dan kekasihnya, aktres Yasmin Hani sudah membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga sejak tahun lalu.

Namun, perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan memandangkan kedua-duanya terikat dengan komitmen kerjaya.

Kata Alif dalam sebuah temuduga, mereka juga sudah mula membuat persiapan berkaitan proses perkahwinan namun terpaksa mencari waktu yang sesuai untuk menyelesaikan beberapa isu.

“Sebenarnya kami terfikir dari tahun lepas lagi. Tapi tiba-tiba saya pula yang tak free. Bila saya tak free, dia pula yang tak free sebab tu saya rasa ada komitmen dari kedua-dua belah pihak.

“Adalah beberapa benda yang kami dah cuba buat tapi tak dapat buat sebab personal isu dan teknikal isu macam borang salah isi dan sebagainya.

“Tetapi, kami masih lagi mencuba ke arah yang lebih baik iaitu mendirikan rumah tangga,” katanya.

Sumber: hlive!

Fatin Nurain