Categories: #LaguXTRATrending

#LaguXTRA: Tak Cerewat Dengar Lagu, Ezzanie Jasny Masih Simpan ‘Star Confetti’ Dari Konsert Coldplay!

Segmen Lagu XTRA pada minggu ini membawakan pelakon cantik, Ezzanie Jasny berkongsi tentang lagu-lagu kegemarannya.

Sebagai peminat Coldplay, konsert yang diadakan pada tahun lepas di Stadium Bukit Jalil membuatkan Ezzanie masih demam dengan lagu-lagu mereka.

Namun, lagu yang menjadi kegemarannya ialah berjudul A Sky Full of Stars kerana tidak dapat melupakan momen indah semasa menonton konsert mereka.

“Saya masih repeat semua lagu Coldplay especially A Sky Full of Stars because I remembered the moment masa saya pergi concert tu. I literally catched the star confetti and I still keep it,” ujarnya.

Manakala lagu kegemaran sepanjang zaman, Ezzanie tiada lagu tertentu dan sejenis yang mendengar pelbagai jenis lagu.

“Saya sejenis yang dengar semua lagu kalau bawa kereta memang randomly click any song and play on repeat je. I am not a picky listener,” katanya.

Disoal tentang lagu memberi kesan kepada emosinya, dia menggunakan kaedah tersebut dalam lakonan untuk menghidupkan emosi sesebuah karakter.

“Yes especially bila berlakon scene menangis atau sedih, saya akan dengar lagu untuk bagi mood dekat saya.

“Somehow dia membantu juga. Kalau dekat set dengan kak Eyra (pengarah Eyra Rahman) kalau ada scene sedih, she will plays sad song so that you get into that mood,” jelasnya.

Maya Basir