Aktres sensasi, Fathia Latiff memuat naik video memerli nasihat pelakon Zarina Zainuddin tentang isu wanita menggatal dengan suami orang.
Menerusi hantarannya di Instastory, dia melakonkan semula reaksi Zarina dengan menggunakan audio tersebut.
Namun yang mencuri perhatian, Fathia meninggalkan kapsyen yang berbaur kata-kata sindiran.
“Kata seorang penyondol itu sendiri!,” tulisnya.
Pesanan Zarina itu dikongsikan di Instagram miliknya dimana dia menafikan situasi rumah tangganya sebagai isteri kedua adalah berbeza dengan situasi wanita yang digelar sebagai penyondol.
“Kes saya lain, kes saya berbeza tak akan sama. Saya tak menggatal-gatal dengan suami orang. Saya kenal dia (suami) baik, dia bawa jumpa isteri dia terus saya kahwin.
“Sampai sekarang nak 30 tahun kahwin, itu lain cerita. Korang yang masih muda cari lah orang yang bujang,” kata Zarina.
Sementara itu, Zarina juga mendedahkan dia masih rasa bersalah mengganggu hak madunya.
“Saya ni pun sampai sekarang terasa berdosa besar kacau hak madu saya. Nak buat apa hidup asyik makan hati, dia makan hati, saya makan hati,” tulisnya di kapsyen.
Uish isteri orang pun onz jugak?
Hmm semoga kes ini cepat selesai lah ya
Dengar apa penjelasan Aliff Aziz ini
Fuh tegas Aliff Aziz
Myra terpaksa berbohong sebelum ini sebab nak jaga nama baik Halim Othman