Peluk Cium Marissa Dania, Kemesraan Keluarga Abby Abadi Dikagumi Ramai – “Hebatlah Family Ni”

Pelakon Abby Abadi dan anak perempuannya, Marissa Dania tampil meraih tumpuan dalam kalangan warganet menerusi perkongsian terkininya di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Abby telah berkongsi video dia bersama keluarga bekas suaminya, Norman Hakim menghadiri sebuah majlis.

Menerusi perkongsian itu, kehadiran anak perempuannya, Marissa turut mencuri perhatian ramai.

Malah, Abby sempat mempamerkan momen ketika dia memeluk dan mengucup lembut anak perempuan kesayangannya itu.

Tersentuh dengan momen tersebut, rata-rata pengikut pelakon Gerak Khas itu memuji kesabaran dan ketabahannya menghadapi ujian yang menimpa keluarganya, baru-baru ini.

“Biasa la buat salah macam mane pun tetaplah anak.

“Bagus semua, memilih untukk diam. Lama-lama orang akan diam. Mulut orang memang tak boleh tutup. Aku respect korang semua. Hadapi ujian dengan tenang.

“Contoh family yang bagus sangat-sangat. Allah beri ujian tapi masih bersabar. Suka sangat-sangat tengok famliy Abby, Norman, Memey.

“Hebatlah family ni. Moga Allah permudah urusan hampa semua naa,” komen peminat.

Fatin Nurain