Cool! Peminat Hanya Duduk Dalam Kereta, Ariel Noah Berkasut Roda Sambil Menyanyi Di Konsert Drive-In

Peminat kumpulan Noah akhirnya dapat menonton persembahan dari kumpulan itu secara langsung di JIExpo Kemayoran, Jakarta dengan hanya duduk di dalam kereta pada Sabtu yang lalu.

Konsert yang diberi nama Danamon New Live Experience Vol. 2 itu membawakan dua penampilan iaitu dari kumpulan Noah dan penyanyi Tulus.

Seorang pengguna Twitter berkongsi video suasana ketika konsert tersebut berlangsung yang menunjukkan Ariel berkasut roda sambil menyanyikan lagu ‘Topeng’.

Ariel kelihatan sangat bertenaga walaupun aktif berkasut roda mengelilingi kereta penonton yang hadir.

 


Di TikTok pula, terdapat seorang pengguna yang berkongsi beberapa jam sebelum konsert bermula, Ariel melakukan sedikit latihan bersama kasut rodanya.

Walaupun kelihatan mahir berkasut roda, Ariel kelihatan agak penat setelah mengelilingi kawasan konsert itu.

Seorang peminat di bawah nama Renovian meninggalkan komen di Twitter yang memuji cara Ariel.

“Ariel Noah adalah manusia yang tidak sempurna. Tapi, dia adalah salah satu manusia yang menggunakan kesempatan kedua dalam hidupnya dengan sangat-sangat baik,” kata Renovian.

Ariel turut berkongsi babak-babak konsert itu di Instagramnya dengan mengucapkan penghargaan kepada peminat yang datang.

“Sedikit keseruan konsert drive in tadi, hari ini sekaligus dua hobi, nyanyi dan sepatu roda, thank you semua yang datang,” tulis Ariel di perkongsian Instagramnya.

 

Di bawah perkongsian tersebut, ramai selebriti dan penyanyi Indonesia meninggalkan komen sokongan mereka.

Konsert yang berlangsung di Jakarta ini membawakan konsep norma baharu dimana pengunjung hanya duduk di dalam kereta dan membunyikan hon tanda mereka teruja dengan apa yang disampaikan oleh penyanyi.

Arfah