Makin Sado! Netizen Kagum Dengan Perubahan Badan Anak Norman Hakim & Abby Abadi

Putera sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim telah menarik perhatian orang ramai dengan perubahan fizikal badannya.

Baru-baru ini, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon telah memuat naik perkongsian di laman Instagram mengenai perubahan badan anaknya yang semakin kekar.

Menurut Norman dalam perkongsian itu, anaknya hampir berputus asa untuk meneruskan perjalanan demi perubahan fizikalnya itu.

“Definisi kami tentang penjenamaan peribadi & analogi kehidupan. Biarlah gambar berbicara sendiri atas disiplin, dedikasi dan kesungguhan beliau terhadap fizikalnya.

“Berapa kali dia hampir berputus asa tapi dalam diri dia amat kental. Terima kasih kepada Allah nak. Ini semua Allah bagi pinjam sekejap.

“Guna sebaiknya. Alhamdulillah tahniah pada separuh perjalanan anda Goku!

“Terima kasih jurulatih @dpopeyegym atas tunjuk ajar anda,” tulis kapsyen dalam perkongsian itu.

Transformasi tubuh badan Danish itu dipercayai bermula dari Mei 2021 hingga kini.

“Gaya dah sebiji macam bapa ni”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap Danish yang tidak berputus asa dan berjaya mencapai target.

Malah, ramai juga orang yang mengatakan badannya seakan-akan seperti bapanya yang sado.

Marcella