“Tak Logik! Dia Terlalu Matang Untuk Jadi Anak Saya” – Che Ta Tolak Tawaran Jadi Ibu Remy Ishak Dalam…

Meskipun sangat terbuka menerima tawaran pelbagai watak termasuklah menjadi seorang ibu, pelakon popular, Che Ta mengakui terpaksa menolak tawaran kali ini apabila memikirkan soal logik dan realistik.

Menurut Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar, 48, perkara itu harus diambil kira kerana ia sama sekali tidak logik apatah lagi Remy Ishak terlalu matang untuk membawakan watak sebagai anaknya.

“Saya okey saja watak ibu, tapi tidaklah sampai tahap pelakon yang jadi anak itu dewasa sangat. Saya pun selalu dapat watak ibu dan ia bukan isu besar. Kalau nak digandingkan pelakon watak ibu dan anak, biarlah logik akal.

“Saya rasa Remy terlalu matang untuk jadi anak saya dalam drama berkenaan,” katanya.

Memetik laporan Gempak, Che Ta mengakui sudah tidak sabar untuk berpindah ke rumah baharunya selepas mengalami kerugian jutaan ringgit akibat projek pengubahsuaian rumahnya tidak disiapkan oleh kontraktor terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN:“Babi Punya Kontraktor!” -Che Ta Mengamuk Rumah Tak Siap

Salma Syahbuddin