“Cuba Check Laki Kau Orang Dah Pernah K*ngk*k Dengan Siapa-Siapa Ke? – Fathia Latiff Tegur Netizen ‘Bitter’ Isu Zahirah Macwilson & Aiman Hakim

Isu kontroversi babitkan pelakon Fathia Latiff bagaikan tidak berkesudahan selepas dia tampil menegur tindakan warganet yang mempertahankan pasangan pelakon Zahirah Mcwilson dan Aiman Hakim Ridza.

Menurutnya, warganet tidak perlu merasa ‘bitter’ mengenai isu tersebut, sebaliknya memeriksa pasangan masing-masing sama ada pernah melakukan perbuatan terkutuk dengan mana-mana individu.

Bahkan, dia juga turut menggelar warganet sebagai ‘sick Malaysian peeps’.

“Asal kau orang nak bitter lebih-lebih sangat pasal Z&A, cuba check laki kau orang dan penah kongkias dengan siapa-siapa tak? Sick Malaysian peeps,” katanya.

Perkara itu dikongsi Fathia menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Jumaat.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telahpun dipadam selepas beberapa minit ia dimuat naik.

 

Terdahulu, Fathia menafikan bahawa tindakannya memuat naik semula foto bersama Aiman Hakim bukanlah mahu mengganggu rumah tangga pasangan tersebut, sebaliknya menganggap ia sebagai kebebasan untuknya memandangkan aktor itu merupakan seorang selebriti.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Anggap Kongsi Foto Aiman Hakim Sebagai Mengganggu Rumah Tangga, Status Kesihatan Mental Fathia Latif Cetus Tanda Tanya

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Panggil Saya Ariana Rose! Tak Suka!” – Siapa Berani Ingkar, Fathia Latiff Tak Teragak Lapor Pada Pihak Berkuasa!

ARTIKEL BERKAITAN:”Nak Cakap Laki Aku Buruk… At Least Aku Ada, Kau?” – Gara-Gara Tunang Dihina, Zarina Anjoulie Dedah Fathia Latiff Minta Khidmat Guaman Secara Percuma

 

Salma Syahbuddin