Dituduh ‘Scammer’ Isu Minta Bantuan Kewangan, Isteri Aman Graseka Tampil Buka Mulut

Isteri kepada pelakon Aman Graseka iaitu Reena Arina tampil membuka mulut mengenai dakwaan dia adalah ‘scammer’ mengenai bantuan kewangan terhadap suaminya.

Menurut laporan Berita Harian, Reena enggan mengulas mengenai dakwaan dia menggunakan nama Aman untuk meminta bantuan.

“Saya tak tahu nak jawab. Abang Aman sudah cakap hari itu, jadi saya tak tahu. Saya tak berani nak komen… Minta maaf,” katanya.

Dalam pada itu, Reena turut memaklumkan dia juga tidak tahu menahu mengapa suaminya itu engggan menjawab panggilan telefon.

“Oh dia tak angkat? Saya tak pastilah,” katanya.

Terdahulu, penyampai radio, Sharifah Shahira berkongsi berita mengenai situasi Aman yang dikatakan sering meminta bantuan kewangan daripada rakan selebriti.

Namun, semalam kecoh pula apabila penyanyi Mas Idayu mengatakan dia percaya insan yang meminta bantuan kewangan dari rakan selebriti bukanlah Aman, sebaliknya, ‘scammer’ di dalam rumah Aman.

Untuk rekod, Aman berkahwin dengan model dan pelakon baharu, Reena pada 2018 di Kedah selepas lebih setahun menyulam cinta.

Aman juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Mas Idayu pada 1997. Namun, bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nurdayini Ashiqah, 26.

ARTIKEL BERKAITAN: Aman Graseka Enggan Berlakon Akibat Dihalang Isteri?

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Niat Ingin Sebar Aib, Sharifah Shahirah Cuma Dah Tak Larat Beri Bantuan Kepada Aman Graseka

Sumber: Berita Harian

Khairil Khusyairi