“Jangan Panggil Saya Ariana Rose! Tak Suka!” – Siapa Berani Ingkar, Fathia Latiff Tak Teragak Lapor Pada Pihak Berkuasa!

Pelakon sensasi, Fathia Latiff sejak kebelakangan ini menjadi topik hangat dan semakin lantang bersuara di platform media sosial.

Ia susulan pengakuan beraninya yang telah mengkritik rupa paras aktres jelita, Zahirah Macwilson seperti bibik, selain turut memuat naik foto suami selebriti berkenaan, Aiman Hakim Ridza mendakwa dia masih mencintainya.

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Petik Nama Zahirah Macwilson Di Sesi Live… Samakan Muka Macam Bibik, Dakwa Buat Bibir Di Australia?

Artikel Berkaitan: Makin Panas! Sengaja Kongsi Gambar Kanak-Kanak Zahirah Macwilson, Netizen Anggap Fathia Latiff Makin Melampau – “Bersama Bibik Saya”

Artikel Berkaitan: Lepas Samakan Wajah Zahirah Macwilson Dengan Bibik, Fathia Latiff Cabar Failkan Saman Pula? Siap Banding ‘Layanan’ Masa Bercinta Dengan Aiman Hakim!

Terkini, menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Fathia bertegas tidak mahu dipanggil sebagai Ariana Rose, iaitu nama watak dalam drama rantaian popularnya pada tahun 2014 bersama aktor, Keith Foo.

“Shut the f*ck up! Don’t call me Ariana Rose i f*cking don’t like it. call me Fatia a.k.a fathia,” selarnya.

Tidak habis disitu, Fathia tidak teragak-agak akan mengambil tindakan saman terhadap individu yang melanggar arahannya itu.

“Whoever breach this, which i don’t like i will report to the authority. it is under FC law of Personal Liberty,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Konflik antara Fathia dan Zahirah sehingga kini masih menjadi sebutan ramai, namun berdasarkan pemerhatian XTRA isu tersebut langsung tidak mengganggu emosi pasangan selebriti terkenal itu.

Perkara menjadi tidak terkawal apabila Fathia mula memetik nama bekas rakannya, Zarina Anjoulie dikhabarkan membuat ‘sesuatu’ dengan penyanyi, Ismail Izzani.

Dalam siaran langsung sebelum ini, Fathia bagaimanapun menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang niat untuk meruntuhkan rumah tangga Aiman dan Zahirah.

Sekadar info, Fathia dan Aiman pernah menjalin hubungan cinta selama empat tahun.

Artikel Berkaitan: “I Tak Takut Nak Cakap Benda Betul” – Fathia Latiff Petik Nama Ismail Izzani, Tuduh Buat ‘Sesuatu’ Dengan Zarina Anjoulie?

Artikel Berkaitan: Parah! Muat Naik Foto Bersama, Fathia Latiff Dakwa Aiman Hakim Masih Taruh Harapan – “I Know You Still Love Me”

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga, Dedah Kekasih Hati Lebih Kacak Dari Aiman Hakim Ridza!

Artikel Berkaitan: Dakwa Pernah Terima Nasib Sama Dengan Zahirah Macwilson, Zarina Anjoulie Dedah Sikap Fathia Latiff? – “This Is Exactly Why..”

Artikel Berkaitan: Kekal Tenang Hadap Provokasi Fathia Latiff, Penampilan Terbaharu Aiman Hakim Curi Tumpuan… Netizen Komen: “Unbothered, Patut Nenek Kebayan Meroyan!”

Aqilah Paharuzi