Categories: HiburanSelebriti

Cukup Sampai Di Sini, Zahirah MacWilson Tak Mahu Lagi Kontroversi

Hubungan terlerai selepas tiga tahun bercinta, pelakon tinggi lampai, Zahirah MacWilson sedia melupakan sengketa bersama bekas kekasihnya, Zul Ariffin.

Malah, wanita ini bersedia melupakan sengketa antara mereka. Bagus lah Zahirah, apa yang dah lepas, lepas…

“ Sudah tiba masa saya memberikan fokus kepada membina kerjaya dan berusaha menjauhkan diri daripada kembali terpalit dalam kontroversi kerana tidak mahu reputasi kerjayq terjejas.

” Cukup tiga tahun bercinta, saya sudah melupakan segala-galanya, malah turut memaafkan semua salah dan silapnya.

“Saya juga ingin memohon maaf daripada Zul atas salah dan silap saya ketika kami bersama,” katanya kepada BH Online.

Ditemui pada majlis Previu Media Program Syawal Terima Kasih 2018 Rangkaian Televisyen Media Prima, baru-baru ini, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu juga berazam menghindarkan diri daripada kontroversi ketika bakatnya semakin diberi perhatian.

“Sepanjang tiga tahun lalu, saya tidak terlalu mendesak diri untuk bekerja. Namun, selepas melihat beberapa drama lakonan saya mendapat perhatian, saya mula terfikir untuk meneroka peluang lebih besar.

“Saya perlu kekalkan prestasi yang baik supaya tidak lagi dibayangi kontroversi. Selagi ada tawaran, saya akan cuba penuhi untuk memastikan jadual saya sentiasa terisi,” akhirinya.

 

SGMS Faida