Categories: EventsLIFESTYLE

Duit Raya! Penjawat Awam Selangor Dapat Satu Bulan Gaji

Raya berbaki 10 hari saja lagi, ini berita baik buat penjawat awam Selangor! Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan seramai 17,109 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan khas kewangan sebanyak satu bulan gaji.

Tambah beliau, pembayaran bantuan khas tersebut akan dibuat pada 25 Jun ini.

Beliau turut mengumumkan 10 peratus daripada bantuan khas kewangan itu akan disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia dan ia hanya dikenakan kepada pegawai gred 44 ke atas.

“Sumbangan 10 peratus itu adalah atas semangat patriotik penjawat awam yang tidak mahu tertinggal dalam usaha murni untuk mengurangkan bebanan hutang negara yang ditinggalkan pentadbiran lama.

“Selain itu, kita juga akan memberikan saguhati sebanyak RM1,000 buat pertama kalinya kepada 755 kakitangan di tujuh jabatan Persekutuan negeri Selangor,” katanya.

SGMS Faida