“Saya Selalu Mimpi Anak-Anak Datang Peluk..” – Nadir Al-Nuri

Krisis di negara bergolak, Gaza semakin meruncing walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menghalang pembunuhan beramai-ramai di sana.

Terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri bersyukur apabila dapat menghubungi isterinya, Reem Al-Minawi dua hari lalu.

Katanya memetik laporan Harian Metro, keluarganya kini berada di Rafah dan sedang berlindung di sebuah rumah yang menempatkan 20 sehingga 30 orang.

Bagaimanapun, dia berasa khuatir sekiranya pihak musuh melakukan serangan darat, kerana ia boleh menyebabkan pembunuhan secara beramai-ramai.

“Ketika ini ahli keluarga berlindung di sebuah rumah seorang lelaki yang tidak kenali di Rafah dan lelaki berkenaan membuka kediamannya sebagai tempat perlindungan yang didiami antara 20 hingga 30 orang.

“Ketika ini mereka khuatir akan berdepan dengan serangan dan sekiranya berlaku akan menyebabkan pembunuhan beramai- ramai,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Saya Rasa Diri Tak Berguna”- Mimi Lana Menangis Kenang Penduduk Palestin Menjelang Ramadan 

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Nurhaliza Sumbang Sebahagian Pendapatan Untuk Bantu Palestin, Syukur Pengurus & Murid Sekolah Afwa Al Aafiyah Selamat

Sering mimpi anak-anak

Berkongsi lanjut mengenai perasaanya berpisah dengan anak-anak, sebagai seorang bapa, dia mengaku mengalami kesukaran tidur pada waktu malam dan sering bermimpi berjumpa dengan ahli keluarga.

“Anak-anak datang peluk dan saya akan terbangun dalam keadaan cemas dan pada masa sama membuka berita bagi mendapatkan info samaada kawasan diduduki mereka selamat atau sudah dibom.

“Pada siang hari, saya akan sibukkan diri dengan memberikan ceramah bagi memenuhi masa bersama sahabat dari Gaza supaya mereka dapat melupakan ahli keluarga buat sementara waktu.

“Setakat ini memang sukar untuk tidur malam kerana tidak boleh kawal perasaan dan ingatkan ahli keluarga, “jelasnya.

Dalam pada itu, Nadir berkata, pada ketika ini keadaan amat sukar kerana mereka kekurangan bekalan makanan serta diuji dengan pelbagai penyakit.

“Perkhabaran ahli keluarga masih hidup itu sudah cukup baik walaupun anak bongsu sering berdepan masalah penafasan dan perlu mendapatkan rawatan di hospital,” ujarnya.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin