[VIDEO] “Muka Pun Seiras, Jodoh Kuat Ni” – Netizen Suka Tengok Sharifah Amani Bahagia Bersama Suami

Pelakon prolifik, Sharifah Amani mencuri perhatian warga maya di media sosial baru-baru ini.

Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di TikTok, Amani atau nama lengkapnya, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya berkongsi momen manis bersama suami tercinta, Ahmed Faris.

Rakaman berdurasi 14 saat itu memaparkan momen-momen manis Amani bersama Ahmed Faris.

“Semoga berbahagia selalu,” tulis Amani.

Ternyata rakaman video tersebut cukup membuat hati ramai peminat cair dan tersipu malu melihat pasangan sama cantik sama padan itu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022 itu.

Antaranya, ramai menyifatkan wajah Amani dan suami sangat seiras dan memang sepadan bila berjodohan.

Malah, ada juga yang berkata Amani sangat bahagia disamping suami tercinta serta mendoakan rumah tangga pasangan yang bakal bergelar ibu bapa itu berkekalan selamanya.

Khairil Khusyairi