Categories: HiburanSelebriti

Siti Nurhaliza Bukan Pilih Kasih!

Memilih Khai Bahar sebagai rakan duet nya menrusi lagu Cinta Syurga, Siti Nurhaliza menjelaskan bahawa dirinya bukan memilih atau tidak sudi untuk berduet dengan artis-artis tempatan yang lain. Namun menurutnya, masa tidak berapa sesuai untuk berduet dengan mereka lagi.

“Ya memang ada yang minta untuk berduet, bukan tak sudi tapi kami sudah ada perancangan tersendiri. Maah, Lagu Cinta Syurga ini memang saya beri kata putus untuk berduet dengan Khai Bahar.” Katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran single bersama Khai Bahar yang diadakan di PWTC pada Sabtu.

Menurut Siti, beliau memilih Khai Bahar sebagai rakan duet kerana merasakan suara penyanyi lagu Bayang itu paling bersesuaian untuk menyanyikan lagu berentak zikir. 

Sumber : Instagram @ctdk

Tidak menolak untuk  berduet dengan mana-mana artis, Siti berkata dia masih terbuka untuk berduet dengan mana-mana artis selagi masa dan karya tersebut bersesuaian dengan mereka. 

“Bukan tolak kerana tidak sudi tapi insya Allah kalau kena masanya dan perancangan yang sesuai atau lain daripada lain, saya terima. Saya tidak kisah sama ada penyanyi itu yang tawarkan atau saya yang pilih.” Jelasnya

Cinta Syurga merupakan idea hasil daripada lagu Comel Pipi Merah namun, idea untuk menukar lirik lagu tersebut kepada zikir tercetus selepas mendapat respon yang positif daripada peminat-peminat beliau. Selain lagu tersebut memang sangat bersesuaian dengan bulan Ramadan dan Syawal.

Dan, sejak dilancarkan beberapa minggu yang lepas, lagu Cinta Syurga nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan Khai Bahar kini telah berada dikedudukan no 27 trending di Malaysia.

Salma Syahbuddin