Categories: EventsTrending

Saji Pelbagai Menu, Food Network Buka Syurga Gastronomi di Summit USJ!

Buat ‘Foodies’ dan penggemar kulinari! Food Network telah dibuka di Summit USJ dengan menyediakan pelbagai pilihan menu menarik di setiap vendor.

Lebih unik! Premis tersebut ditempatkan di aras bawah (ground floor) bersebelahan dengan pintu masuk utama pusat beli-belah tersebut.

Dengan berkeluasan 10,000 kaki persegi, Food Network turut menyediakan persekitaran tempat makan yang bersih dan tersusun yang berkonsepkan ‘open space’ untuk pengunjung menjamu selera.

Antara sajian Istimewa adalah air tangan Cef Ibnu Firqhud Hazizan di Restoran Kampunglah dan restoran Yong’s Lan Zhou Mee Tarik yang diketuai oleh Cef Yam Choon menjadi tarikan utama bagi yang mendambakan masakan ala kampung atau mi tarik resepi asli dari Cina.

Bukan itu sahaja, Food Network turut menyediakan ‘The Great Hall Theme Café’ bagi penggemar makanan barat seperti pasta, burger dan minuman menarik!

Bagi ‘Coffee Lover’ ini berita baik untuk anda juga di mana Food Network juga menyediakan kopi artisan menerusi air tangan Cef Tokia yang turut mengendalikan makanan Jepun seperti sushi dan juga nasi kari Wagyu!

Buat pengunjung bercitarasa lokal, worry not! Food Network juga menawarkan pilihan vendor masakan tempatan seperti Cik Cha Nasi Lemak, Nasi Ayam Makchick, Selera Padang, Sizzling Thai, Mee Sotong Hj Tamin yang berkonsepkan ‘street food’.

Tidak ketinggalan, untuk makluman pengunjung, Food Network juga menampilkan ‘The Great Hall Gallery’ yang memaparkan koleksi figura aksi daripada pelbagai siri animasi dan filem.

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk merasai syurga gastronomi di Food Network Summit USJ!

Atiqah Johari