Categories: SelebritiTrending

Lama Tak Berlakon Kerana Pilih Watak Bernilai Di Sisi Allah, Abby Abadi Sibuk Jadi Usahawan Rempeyek

Pelakon Abby Abadi mengakui sudah lama tidak muncul di kaca televisyen kerana memilih watak yang mempunyai nilai di sisi Allah SWT.

Artikel Berkaitan: Lama Tak Berlakon, Abby Abadi Hanya Pilih Watak Bernilai Di Sisi Allah

Namun begitu, Abby atau pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan kini sedang rancak menjalani perniagaan produk makanan kudapan seperti rempeyek dan kerepek.

“Stok Rempeyek Dhal/ Kacang Tanah, Belinjau Madu saya sudah restocked ye di @tgsk.kl Bukit Antarabangsa. Jemput support yang teringin. Dah beli sekali, pasti akan beli lagi dan lagiii… Betulkan? Hehe,” tulisnya.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Elite ini juga bakal berniaga produk makanannya itu dengan menyertai Singapore Expo pada Mac depan.

“1-3 March saya akan berada di Singapore Expo ya… Nanti saya share details. Yang nak masuk order boleh dah… DM atau whatsapp je ok… Stok terhad. Yang pasti semua sedap-sedap nak giler ok,” kongsi Abby.

Atiqah Johari