“Cukuplah Kak Long Je Yang Gagal Dalam Perkahwinan, Tak Nak Adik Lalui Benda Yang Sama” – Bella Astillah

Penyanyi Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian selepas sepotong video pendek tular di platform media sosial sejak malam tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, Bella atau kelihatan menitipkan pesanan yang meruntun hati ramai pihak terhadap kekasih adiknya, Diniey Ng sempena sambutan hari lahir lelaki itu.

Kata Bella, dia tidak mahu adik-adiknya menerima nasib sama sepertinya terutamanya dalam perkahwinan, sekaligus berharap agar Dinie terus sabar melayan karenah adiknya, Didi Astillah.

“Happy birthday Diniey… Kak Long happy sebab Didi dapat lelkaki yang sabar. Sebab Kak Long kenal macam mana perangai adik-adik Kak Long. Mereka ni tak ada kesabaran. Panas baran.

“Cuma Kak Long harap jangan sebelum kahwin je lah dan jangan pernah berubah sebab cukuplah kak long je gagal dalam perkahwinan. Kak Long tak nak adik kak long lalui benda yang sama.

“Diniey, Kak Long tak pernah minta Diniey untuk jadi orang terpaling kaya ke, cukup setia, sayang dan hormat keluarga kak long itu.

“Kak Long doakan Diniey berjaya dunia akhirat dan sentiasa dipanjangkan umur InsyaAllah,” pesannya.

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dan berharap agar satu hari nanti Bella juga akan menemui kebahagiaan.

Untuk rekod, Bella mendirikan rumah dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz pada September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 3.

Namun, pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang.

Bagaimanapun, pasangan ini sekali lagi mengambil keputusan sama selepas Bella memfailkan percerain pada 13 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan selepas kes khalwat Aliff dan Ruhainies tular.

Dan, sebutan semula kes akan berlangsung pada 4 Jun ini.

Salma Syahbuddin