Curang Dengan Isteri, Cef Fikree Akhirnya Bercerai

Setelah didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, cef selebriti Fikree Aznan dilaporkan sudah menceraikan isterinya, Syarifah Zuriehan Syed Ahmad Kamal.

Melalui laman Instagram hari ini, Zuriehan mendedahkan, Fikree sudah melepaskannya dengan cara baik.

“Alhamdulillah Fikree sudah melepaskan saya dengan cara baik. Jadi saya akan ‘private’kan akaun balik dan padam ‘the ugly post’.

“Saya hanya mahukan perhatiannya dan saya perolehinya. Terima kasih banyak-banyak atas doa dan ‘kind words’ daripada semua yang perihatin,” tulis Zuriehan.

Dia turut meluahkan rasa syukur kerana akhirnya mendapat ketenangan dan kekuatan untuk melalui ujian yang satu ini.

Bekas pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mempunyai seorang anak yang bernama Jayden Malik.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida