“Curluz Ko..” – Aaron Aziz Beri Komen ‘Pedas’ Terhadap Syamsul Yusof, Diva AA Sokong

Isu pertelingkahan antara pelakon Aaron Aziz dengan pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof masih diperkatakan.

Apa yang mencuri perhatian ramai apabila Aaron memberi ayat ‘pedas’ kepada Syamsul ketika ditemubual media tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pihak Yang Tak Terbabit, Jangan Masuk Campur!” – Aaron Aziz 

Tindakan Aaron turut mendapat reaksi daripada pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menerusi ciapan di Twitter.

Dalam ciapannya, Diva AA meluahkan rasa teruja dan memuji sikap Aaron atas komen ‘pedas’ terhadap Syamsul.

“Curluz ko Aaron! ‘Jangan masuk campur! Kau suruh mak bapak kau mintak maaf’ mulut kau vs mulut Diva AA dah sama loji t*ik! Sesuai lah ******* tu. Maki kan je,” ujar Diva AA.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kau Jangan Petik Nama Pelakon Lain!” – Isu Nama Digugurkan, Aaron Aziz Tampil Jelas Perkara Sebenar 

Sebelum ini, Aaron tampil membidas kenyataan Syamsul yang berpendapat faktor Aaron sudah tua dan gemuk menjadi punca dia digugurkan dari filem The Original Gangster.

Nurul Hana