Video Perkahwinan Farid Kamil, Diana Danielle Tular Di TikTok, Netizen Luah Rasa Sayu – “Awal-Awal Indah Belaka..”

Konflik rumah tangga pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, tular sebuah video pendek memaparkan sesi temu bual selepas pasangan ini selesai diijabkabulkan.

Dalam video tersebut, aktres jelita Diana menyifatkan Farid seorang lelaki yang memahami, kelakar dan membuat dirinya bahagia.

“Dia sangat penyabar, memahami, kelakar, dan dia buat saya sangat bahagia. Dia juga banyak mengajar saya tentang kesabaran, serta memberi sokongan emosi dan mental sepanjang kami berkawan,” kata Diana dalam video tersebut.

Menerusi video pendek itu juga, Farid dilihat tidak lepas merenung wajah isteri tercintanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa sayu atas apa yang berlaku dalam rumah tangga pasangan ini.

Rata-rata netizen tidak menyangka hubungan yang terjalin selama 11 tahun itu sedang dilanda badai.

“Awal-awal semua cakap baik, semuanya indah belaka,” komen salah seorang netizen.

Sebelum ini, Diana telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada 10 Mac lalu dengan alasan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Malah, Hakim Syarie, Shukran Yusof telah memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Terdahulu, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

ARTIKEL BERKAITAN: Disoal Tentang ‘Bilik’ Denda Anak, Farid Kamil, Diana Danielle Pilih Kunci Mulut

ARTIKEL BERKAITAN: 4 Bulan Tak Bayar Nafkah, Diana Danielle Dedah Sikap Baran Farid Kamil Dera Mental Aurora “Tengking & Jerit Selama Dua Hari, Siap Ugut Akan..”

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle Dapat Hak Penjagaan Sementara Sehingga 30 Mei Ini – “Saya Mahu Keadilan Untuk Anak-Anak”

Aqilah Paharuzi