Categories: HiburanSelebriti

DAH BERGELAR DATUK, AARON AZIZ TUKAR HALUAN?

Sejak dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran ‘Datuk’ pada bulan Disember tahun lalu, rezeki dan haluan Aaron Aziz nampaknya berubah.

Bukan bermaksud Datuk Aaron, akan berundur  daripada industri perfileman  yang menjadi darah dagingnya  tetapi khabarnya pelakon berasal Singapura ini banyak mendapat tawaran menjadi penceramah program motivasi.

Aaron, 42, akui  tidak menjangka mendapat begitu banyak  tawaran untuk beliau berceramah.

Barangkali kegigihannya turun padang dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat selama ini membuat Aaron dipandang tinggi bagaikan ‘wakil rakyat’ pula.

Kerana itu,  ramai  tidak keberatan untuk melamar Aaron  menyampaikan ceramah   khususnya kepada anak-anak muda yang seharusnya disuapkan dengan maklumat berguna. Sekurang-kurangnya kehadiran seorang pelakon popular seperti Aaron  mampu menyuntik kehadiran ramai ya tak?

Cayalah Aaron, dah jadi seorang motivator  gitu!

Jangan marah ya Fizo Omar. Anda sudah ada pesaing sihat nampak gayanya… Ya lah! satu Malaya pun dah tahu pelakon Fizo Omar juga gigih sebagai seorang penceramah bebas.

Pesanan untuk Aaron, usah terus menyepi dari dunia lakonan dah la ya?

Nanti  ada pula yang meratap, meraung kerana tidak lagi dapat bertemu dengan aktor kesayangan mereka ini di layar perak.

 

 

SGMS Fas