“Dah Famous Sangat Ke?” – Uyaina Arshad Berang, Sound Influencers Perangai Kekwat Mengalahkan Selebriti

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa berang terhadap perwatakan segelintir pempengaruh yang dikatakan berlagak daripada selebriti.

Menerusi ciapan di platform X, Uyaina menempelak dan terhibur dengan perangai pempengaruh yang merasakan diri mereka sudah cukup terkenal.

“Soalan: Kenapa ‘influencerss’ lagi berlagak dari selebriti? Chill sudah lah.. Eksyen-eksyen nak pergi mana..

“Followers juta-juta ke ribu-riban ke janganlah rasa diri tu famous sangat.. Lawak la,” tulisnya.

Bagaimanapun, isteri kepada penyanyi Raja Syahiran itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perwatakan pempengaruh tersebut.

Sebelum ini, Uyaina mendedahkan akaun media sosialnya disekat gara-gara terlalu lantang bersuara mengenai peperangan Palestin yang teruk direjim oleh Israel tanpa belas kasihan.

Artikel Berkaitan: Akaun TikTok Kena Banned… Guna Bahasa F Luah Rasa Geram, Perkongsian Uyaina Arshad Dihujani Komen Lucu

Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Kongsi Detik Cemas Kena Tahan Di Los Angeles, Bimbang Jadi Sasaran Islamfobia – “Rasa Jantung Jatuh Ke Lantai!”

Aqilah Paharuzi