“Dah lah Maki… Pastu Block!” – Digelar Han*t, Fiza Halim Titip Pesanan ‘Makan Dalam’ Buat Netizen

Pelakon Fiza Halim kesal dengan sikap segelintir netizen yang dengan selambanya menggelar dan memanggilnya dengan panggilan yang kurang sopan.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Halim, 41, berkongsi mengenai perkara itu menerusi tangkap layar komen yang diterimanya baru-baru ini.

Perkara itu terjadi selepas Fiza berkongsi mengenai produk kesihatan yang digunakannya namun, penampilannya pada ketika itu kelihatan agak seksi sehingga menampakkan bahagian ‘aset’ nya.

“Nak tunjuk pun agak-agak lah hanat… letak la apa-apa sticker ke tutup apa yang patut,” tulis netizen.

Sedar dengan perkara tersebut, Fiza akhirnya tampil memberi komen balas berkenaan isu terbabit.

Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya semua pihak di luar sana tidak menilai seseorang itu berdasarkan cara pemakaian dan meminta agar netizen sentiasa menjaga lisan.

“Assalamualaikum saudara, saya tak tahu apa salah saya pada saudara, sampaikan saudara memkai hamun saya dengan panggilan ‘hanat’.

“Saya tak pernah kenal saudara, tapi apa apa pun saya dah maafkan saudara. Pada pagi Jumaat yang  mulia ni, harapnya kita semua dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah.

“Jangan menilai seseorang manusia itu dari segi pakaian… jagalah mulut lidah kita bila berkata-kata. Takut nanti kerana mulut badan binasa. Kalau tak suka kepada saya jangan masuk ke Instagram saya. Insta ni khas untuk peminat saya yang sentiasa menyokong dan yang positif sahaja. Chill ya,” katanya.

Bagaimanapun, Fiza memaklumkan, individu terbabit telah menyekatnya sebaik sahaja meninggalkan komen tersebut,

“Dah lah maki saya tanpa sebab. lepas tu block saya.

“Moga Allah berikan hidayah pada manusia sejenis  dan sekaum begini ya. Jangan menilai orang dari segi  pakaian. Hati dan mulut lidah kena jaga. Allah maha mengetahui semua ke atas hamba-hambanya,” tulisnya.

 

Sumber: Instagram, Murai

Salma Syahbuddin