Dah Sampai Seru…Syazwan Zulkifly Bertunang 31 Ogos Ini!

Pelakon Syazwan Zulkifly mengumumkan bakal bertunang dengan wanita bernama Syawariah Zulkifli pada 31 Ogos ini.

Kata pelakon filem Warkah ini, dia mengambil keputusan untuk bertunang memandangkan teman wanitanya itu amat memahami kerjayanya sebagai pelakon.

“Kami sudah berkawan 10 tahun tetapi hanya rapat sejak dua tahun lalu. Dia sangat memahami kerjaya saya.

“Dia tidak pernah persoalkan jika saya pulang lewat daripada penggambaran. Dia juga tak cemburu kalau ternampak saya bergurau dengan pelakon wanita lain,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan filem Warkah yang berlangsung di E-Curve, hari ini.

Tambah Syazwan, faktor umur juga antara penyebab dia sudah bersedia bergelar suami.

“Sudah sampai seru, buat apa saya perlu tangguh kan? Ketika kedua-dua orang tua masih sihat, lebih baik saya mempercepatkan majlis pertunangan ini,” katanya.

Dalam masa sama, Syazwan juga tidak meletakkan tempoh pertunangan.

“Saya tidak kisah bertunang lama.

Mengenai tempoh pertunangan, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri, Juvana, ini belum menetapkan sebarang tarikh untuk mereka disatukan.

“Bagi saya pula, tiada istilah dugaan bertunang kerana kami saling mempercayai antara satu sama lain,” akhirinya.

SGMS Faida