Categories: Trending

Penduduk Nampak Nora Anne Bermain Air Di Sebuah Kolam- Saksi

Operasi pencarian gadis warganegara Ireland, Nora Anne Quoirin yang dipercayai hilang di sebuah resort The Dusun Pantai, Negeri Sembilan hari Ini menemui petunjuk baru.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, Nora Anne kali terakhir dilihat bermain air di sebuah kolam terletak tidak jauh dari resort penginapannya iaitu kira kira 600 meter. 

Dilihat oleh pekerja resort pada hari kejadian

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Atan Abdullah, 61, dari Kampung Pantai, salah seorang pekerja resort berkenaan melihat Nora sedang bermain air dan lelaki tersebut tidak mengetahui kehilangan mangsa sehingga dilaporkan oleh media Isnin lalu. 

“Saya juga mendapat maklumat yang sama mengenai ada lelaki yang ternampak Nora Anne di tepi kolam. Saya yakin remaja itu tidak pergi jauh dari kawasan ini,” katanya yang turut membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR).”

Terdahulu, Nora Anne Quoirin, gadis warganegara Ireland dilaporkan hilang ketika sedang bercuti bersama keluarganya di resort The Dusun Pantai, Negeri Sembilan.

Kehilangannya membawa kepada pencarian secara besar-besaran oleh anggota polis dan bomba malah turut ada yang mengaitkan kehilangannya dengan kejadian mistik dan misteri.

Gadis itu turut dikatakan mempunyai masalah pembelajaran dan tidak pernah dilihat keluar secara bersendirian. 

Untuk maklumat lanjut, layari Buletin Utama TV3 dan TV3 MalaysiaOfficial Youtube.

sumber: harian metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”