Dah Seminggu Dibedah, Ibnor Riza Masih Belum Sedarkan Diri… Isteri Maklum Keadaan Kritikal

Keadaan penyanyi Ibnor Riza kini dilaporkan masih belum sedarkan diri biarpun sudah menjalani pembedahan membuang air di kepala, kira-kira seminggu lalu.

Menurut laporan Berita Harian, isteri-isteri Ibnor iaitu Norhayati Mohd Nor dan Sarimah Suleiman memaklumkan perkembangan Ibnor sangat perlahan.

Justeru itu, mereka memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Ibnor yang dilaporkan kritikal.

“Kami mohon semua orang doakan keadaan suami yang agak kritikal. Setakat ini, dia gerakkan mata. Doktor beritahu perkembangnya sangat perlahan.

“Sebelum ini, doktor beritahu suami perlu jalani rawatan dialisis kerana kandungan toksin meningkat. Tetapi, tadi, kami dipanggil dan diberitahu buat masa ini, suami tidak perlu lagi jalani rawatan itu.

“Ada kuman yang mengakibatkan komplikasi kepada organ lain termasuk buah pinggang suami,” katanya.

Sabtu lalu, Ibnor menjalani pembedahan membuang air di kepala di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Bandar Tun Razak, Cheras selepas mengadu sakit kepala.

Pada 10 November lalu, penyanyi itu menjalani kimoterapi R-ICE di hospital sama tetapi mengalami demam yang berpanjangan selepas rawatan.

Ibnor juga dilaporkan sudah melalui proses kemoterapi sebanyak sembilan kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Hidap 6 Penyakit Kronik, Ibnor Riza Kini Ditidurkan

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Bengkak Dileher, Ibnor Riza Disahkan Hidap Kanser Limfoma – “Jantung Saya Akan Berhenti Pada…”

Sumber: Berita Harian

Khairil Khusyairi