Categories: HiburanTrending

Peminat Teruja Meerqeen Bakal Muncul Dalam Muzik Video Single Terbaharu Raisa!

Peminat kepada pelakon kacak Meerqeen menzahirkan keterujaan melihat aktor kesayangan mereka bakal muncul dalam muzik video single terbaharu penyanyi popular Indonesia, Raisa.

Menerusi kemas kini Instagram kelab peminat rasmi Meerqeen, mereka berkongsi sedutan visual di sebalik tabir penggambaran muzik video single berjudul Tak Berharap Lagi.

“We are thrilled to share this new project in the making with Meerqeen’s beloved person here!

“Wishing you all the best for your next journey in this new masterpiece,” tulis pengendali akaun kelab peminat Meerqeen di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar menantikan kolaborasi Meerqeen dan Raisa.

Peminat juga menganggap ini menjadi permulaan lembaran baharu dalam kerjaya Meerqeen untuk melebarkan sayap seni di negara seberang.

Dalam pada itu, Raisa juga turut berkongsi sedutan muzik video Tak Berharap Lagi di hantaran terbaharu Instagram miliknya.

“Siapa yang sudah tak sabar dengar full version Tak Berharap Lagi? 15 Disember tinggal seminggu lagi guys! #RaisaTBL,” tulis Raisa.

Sebelum ini, nama Meerqeen dan gandingannya dalam Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling pernah meniti di bibir ramai peminat Indonesia kerana fenomena drama bersiri terbabit.

Padin