Categories: SelebritiTrending

Tular Foto Syafiq Kyle, Mimi Lana ‘Fitting’ Baju, Kapsyen Bagi ‘Hint’ Bakal Berkahwin? – “Menanti Kongsi Momen Indah Bersama…”

Baru-baru ini, sebuah portal hiburan memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana berada di sebuah butik untuk ‘fitting’ baju.

Malah, lebih menguatkan dakwaan mereka kembali berbaik dan menjalin hubungan cinta semula apabila masing-masing memuat naik hantaran menyatakan bahawa bakal berkongsi kenangan indah bersama pada masa dan tempat yang sama.

“Menanti untuk berkongsi momen indah bersama..

“Looking forward to sharing moments with..,” tulis Syafiq dan Mimi ringkas.

Terdahulu, Syafiq dan Mimi mengejutkan ramai pihak apabila membatalkan perkahwinan mereka seminggu sebelum majlis yang dijadualkan pada 18 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: Tular Video Makan Bersama, Status Hubungan Dengan Syafiq Kyle Jadi Persoalan… Ini Penjelasan Mimi Lana

Artikel Berkaitan: Individu Tular Foto Bersama… Netizen Dakwa Mimi Lana, Syafiq Kyle Get Back? – “Mungkin Mereka Tak Putus Pun Sebenarnya”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kenapa Semua Orang Tanya Pasal Brownies Ni?” – Live Di TikTok Sempena Birthday, Mimi Lana Beri ‘Hint’ Sudah Berbaik Dengan Syafiq Kyle?

Atiqah Johari