Da’I Adam Mahu Dikenali Sebagai Pendakwah Bukan Penyanyi

Juara DA’I Pendakwah Nusantara musim keenam, Adam menafikan beralih kepada kerjaya penyanyi selepas tampil dengan single berjudul, Teman baru-baru ini.

Adam atau nama sebenarnya Muhammad Adam Muhibullah Abdullah ketika dihubungi memberitahu lagu ini sebenarnya sudah dicipta sejak dia di bangku sekolah lagi.

“ Jujurnya saya lebih selesa dikenali sebagai pendakwah berbanding penyanyi. Idea mengeluarkan single ini adalah selepas Abg Shuib dari Unity Band mendengar lagu ini.

“ Dia memberitahu kenapa lagu ini perlu disimpan begitu saja sedangkan ia berpotensi diketengahkan kerana amat mesra pendengar. Jadi saya setuju. Jangan salah faham, saya masih mahu dikenali sebagai penyanyi,” katanya kepada xtra.

Berkongsi mengenai lirik lagu Teman, Adam memberitahu ia berkisar pengalamannya yang kehilangan sahabat semasa berusia 15 tahun.

“ Orang yang pernah rasa kehilangan sahabat tentu faham dengan situasi saya. Saya abadikan kenangan kami menerusi lagu ini.

“ Allahyarham terlibat dalam kemalangan dan jatuh sakit. Saya amat rapat kerana pernah tinggal di rumah arwah dan sudah tentu pemergiannya amat dirasai,” katanya hiba.

Dalam perkembangan lain, Da’i Adam juga aktif sebagai pendakwah bebas dan sedang menanti tawaran mengacara yang sesuai dengan imejnya. Semoga terus sukses, Da’i Adam! 

SGMS Faida