#daiTV3 : Mengungkap Isu Terkini Dalam Dai’ Pendakwah Nusantara Malam Ini!

Sudah memasuki minggu ke-5, dan menyaksikan 4 #daiTV3 kita telah tersingkir. Dan kini #daiTV3 kita cuma berbaki 6 peserta sahaja bagi meneruskan perjuangan mengejar gelaran Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 ini.

Barisan #daiTV3 pada malam ini akan diberikan tugasan menyampaikan dakwah mengenai isu terkini yang melanda negara termasuklah, depresi dan banyak lagi topik-topik menarik yang semestinya hangat untuk dibincangkan.

Jadi, bagi mendapat hujah dan penerangan tentang masalah ini dari sudut pandang agama Islam, jangan ketinggalan temu janji anda malam ini, jam 9 malam hanya di TV3. Atau boleh saksikan siaran secara langsung dengan siaran secara HD menerusi laman rasmi kami di  www.tonton.com.my atau LIVE TV www.xtra.com.my dan juga melalui Youtube TV3Malaysia Official.

 

Salma Syahbuddin