Penyebab Uban Tumbuh Di Rambut

“Eh, rambut kau ada uban lah?”. Bagaimanakah perasaan anda bila rakan anda disebelah mengatakan yang terjumpa uban dirambut anda.

Rambut uban tidak tumbuh dengan sendirinya , Rambut hitam yang berada dikepala sebenarnya yang berubah menjadi lebih putih. Uban tidak semestinya timbul pada anda yang berusia tetapi juga pada anda remaja. 

Berikut dikongsikan antara penyebab uban 

Kulit Kepala Kotor

Kulit kepala kotor kerana tidak menjaga dengan baik. Tidak membasuh dengan kerap mahupun tidak merawat dengan eloknya

Pewarna Rambut

Selalu menggunakan pewarna rambut boleh menjadi penyebab kenapa uban muncul dengan cepat. Ini kerana bahan kimi yang ada bakal merosakkan sel-sel melanin yang menyebabkan rambut beruban

Stress

Hal ini wajib dihindari jika tidak ingin terus-terusan ditumbuhi uban, pasalnya setiap perkara yang ingin dilakukan tidak mudah dan apabila stress membuatkan otak dan mental menjadi tertekan. Kerana ini uban boleh tumbuh dengan cepat

Pengering Rambut

Ingin kelihatan cantik bukan tetapi disyorkan untuk mengurangkan penggunaanya. Semua jenis pengering rambut yang dialiri listrik dapat membuat batang rambut menjadi lemah. Panas yang dihasilkan oleh alat ini dapat mempengaruhi produksi melanin di rambut dan menyebabkan rambut beruban.

Merokok

Anda yang menggemari merokok, ada kajian mengatakan yang merokok dapat meningkatkan  risiko tumbuh uban empat kali lebih besar dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok. Bukanlah sesuatu yang pelik jika mereka yang muda juga bakal tumbuh uban dirambut ya!

Faktor Genetik 

Ada juga akibat faktor genetik dimana masih muda mempunyai uban. Ini adalah penyakit keturunan (ada yang berpendapat). Jika memang ditakdirkan tiada apa yang boleh dibuat dengan mewarna rambut anda agar kembali normal . Tetapi ingat jangan berlebihan

Adakah anda mempunyai antara penyebab diatas? Jika ya, perlu jalan penyelesaian dengan cepat ya 

SGMS Enal