Label Aktres Acah ‘Bidadari’… Sarah Yasmine Minta Sophia Albarakbah Henti Putar Belit Cerita – “Sekarang Ni Dua-Dua Nak Jadi Penipu!”

“Seorang nak jadi manipulator untuk selamatkan sendiri, seorang lagi belajar untuk menipu satu dunia semata-mata nak selamatkan diri sendiri”.

Demikian respons yang diberikan oleh Sarah Yasmine selepas mendedahkan bukti perbualan dan akaun palsu yang digunakan Sophia Albarakbah semata-mata mahu berhubung dengan Aliff Aziz.

Katanya, Bella adalah mangsa keadaan selepas kenyataan yang diberikan Sophia ketika hadir pada sebuah program nyanyian popular.

Menurutnya, hampir dua bulan dia mengetahui tentang hubungan yang terjalin antara Aliff dan Sophia, namun pada ketika itu dia hanya mendiamkan diri sehinggalah muncul Ruhainies yang bertindak sebagai manipulator.

Katanya, tindakan Sophia memberi kenyataan kepada media kononnya dia tidak ‘melayan’ Aliff dan kemunculannya ke program nyanyian tersebut hanyalah sekadar memberi sokongan terhadap Aisha Retno adalah tidak tepat.

Justeru, dek kerana kenyataan tersebut, ramai dalam kalangan warganet menyelar tindakan Bella sehinggakan ada yang menganggap wanita itu terlalu ‘overthingking’.

Tidak mahu orang ramai terus tertipu dengan gaya lemah lembut acah ‘bidadari’ yang ditunjukkan Sophia, Sarah turut mempersoalkan tindakan aktres itu apabila tidak bersikap jujur dan profesional terhadap Bella.

Malah, sanggup menyediakan akaun palsu semata-mata mahu berbual dan berhubung dengan Aliff.

 

Sedar dengan khilaf diri, Sarah mengaku dia hanya boleh menyelamatkan siapa yang layak dan begitu juga sebaliknya berdasakan bukti yang diperolehi.

Bagaimanapun, dia menganggap apa yang jadi terhadap Ruhainies dan Sophia adalah setimpal, memandangkan kedua-duanya mahu menyelamatkan diri masing-masing.

Terdahulu, kemunculan Sarah mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan hubungan pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz kepada umum.

Malah, Sarah juga mengaku menjadi  ‘kekasih gelap’ kepada Aliff sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Salma Syahbuddin