Categories: Trending

Meerqeen Akui Pernah Jumpa Sarah Yasmine – “She’s A Fan”, Bukan Kawan”

Pelakon Meerqeen tampil mengakui dia pernah bertemu dengan kekasih gelap penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine.

Terdahulu, nama pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu pernah terkait dengan kekasih gelap penyanyi yang berasal di Singapura itu menerusi platform X.

Menurut Meerqeen, dia menganggap Sarah sebagai seorang peminat dan tidak mempunyai sebarang hubungan baik mahupun berkawan.

“She’s a fan kot dulu. Tapi saya takda sebarang spekulasi pasal benda tu. Itu hal orang lain. Saya hanya mahu fokus pada drama dan filem saya akan datang,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Meerqeen ketika ditemui media usai majlis tayangan episod pertama siri Astro Originals, Framed.

Enggan mengundang sebarang spekulasi, Meerqeen mengakui sudah terbiasa apabila namanya terpalit dengan setiap kontroversi yang berlaku.

“Semua perkara buruk yang terjadi dalam industri ni mesti terpalit nama Meerqeen. It is what it is. Kadang-kadang saya terpaksa lari daripada benda ni untuk fokus sepenuhnya kepada karier dan nama saya,” jelasnya.

Meerqeen bagaimana pun menegaskan bahawa dia tidak ada kaitan dengan wanita yang menjadi punca kontroversi kes kecurangan Aliff.

Malah, dia turut mengakui sudah penat apabila namanya sering terkait dengan isu yang tiada kaitan dengannya.

“Saya rasa saya kenal dan kami pernah jumpa. Tapi dia bukan kawan. Itu yang boleh saya katakan sebab dia kata dia kenal semua artis. Jadi dia fans (peminat). Saya pun dah jumpa dengan sejuta orang.

“Sebagai manusia, saya ada perasaan juga. Saya bukan robot. Tapi saya lebih fokus nak jaga karier dan nama saya,” katanya.

Fatin Nurain