Dakwa Khai Bahar Putuskan Hubungan Cinta & Ghosting, Individu Tampil Mohon Maaf – “Tiada Niat Burukkan Nama…”

Individu yang mendakwa penyanyi Khai Bahar memutuskan hubungan percintaan dengan rakannya tanpa sebarang penjelasan tampil memohon maaf.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjanji Itu Ini, Individu Dedah Khai Bahar ‘Ghosting’ Teman Wanita Bertahun-Tahun – “Dulu Kau Buat Kawan Aku…”

Menurutnya, isu tersebut sudah diselesaikan dengan baik antara Khai dan rakannya itu dan dia tidak berniat untuk memburukkan nama baik sesiapa.

“Untuk tweet Syura pasal Khai Bahar & kawan tu dah diselesaikan dengan baik. Dan Syura pun taknak burukkan nama sesiapa pun. Kedua-dua pihak dah berbincang.

“Syura minta maaf kalau tweet Syura jadi kontroversi,” ujarnya.

Sebelum ini, individu tersebut mendakwa Khai mempermainkan hati seorang wanita yang juga merupakan rakannya.

XTRA cuba mendapatkan respons daripada pihak Khai sendiri, namun tidak berjaya kerana penyanyi itu sedang sibuk dengan penggambaran.

Maya Basir