Dakwaan Hamil Anak Kedua? Ini Respons Neelofa… – “Bila Dah Nampak Perut Besar, Maksudnya…”

Sebelum ini tular mengenai dakwaan selebriti dan usahawan, Neelofa, sedang hamil cahaya mata kedua di media sosial.

Terkini, memetik laporan Media Hiburan, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor tampil memperjelaskan dakwaan tersebut dengan tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan dia kini sedang berbadan dua.

Menurut bekas pengacara Nona TV3 itu, dia memilih untuk tidak menghebahkan perkara tersebut sekiranya belum lagi pasti.

“Perkara yang belum pasti, bagi saya tak payah kita hebah-hebahkan lagi. Sama macam perkahwinan dan kelahiran. Kita layan apa saya komen orang dan hargainya.

“Kalau saya hamil sekali pun, bila dah nampak perut sudah besar tu, maksudnya Insya-Allah (hamil). Tapi just go with the flow. Kalau hamil anak kedua, ketiga ke atau seterusnya ini juga pendirian saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, suami kepada Neelofa iaitu Haris Ismail atau lebih dikenali PU Riz berkata, dia turut menyokong kenyataan isterinya.

“Doa yang baik-baik, kalau siapa yang pernah dengar jawapan sebelum ini, mereka akan lebih faham.

“Bukan nak menafikan atau mengesahkan. Sebab kita apa-apa pun, yang berlaku, kita minta yang terjadi itu yang terbaik,” jelas Haris.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video yang memaparkan Neelofa sedang memegang perutnya sehingga tular dan menjadi bualan di media sosial.

Untuk info, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama Haris pada 27 Mac 2021 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal.

Sumber: Media Hiburan

Khairil Khusyairi